
Permulaan Sempurna untuk Projek Hebat Anda

Saiful Hardware Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 16 Mei 2016 merupakan syarikat pemborong, pengedar dan peruncit bahan perkakasan binaan. Bermula hanya dengan 3 orang pekerja, kini Saiful Hardware Sdn Bhd telah mempunyai 20 orang kakitangan yang sedang berkhidmat dan dijangka bilangan kakitangan ini akan meningkat berdasarkan perancangan 5 dan 10 tahun yang sedang dan akan dilaksanakan sehingga tahun 2030.
​
Saiful Hardware juga berbangga menjadi 100% milik bumiputera dan menjadi misi utama syarikat untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak Bumiputera Besut untuk menceburi dunia peruncitan bahan binaan.
​
Kini, Saiful Hardware telah mempunyai 2 cawangan iaitu di Kg Batang Gergaji dan Kampung Raja yang dibuka pada bulan Oktober 2019. Dengan bilangan kakitangan yang semakin ramai, Saiful Hardware Sdn Bhd dijangka mampu memberikan servis pada skala yang lebih besar, yang melangkaui daerah Besut, Terengganu.
Meet The Team
SSM
Lesen Kewangan


Pembekal kepada








